University of Malaya Website   List of Conferences  
 
     
 
 
 


 




Total Visits : 1185



  INTRODUCTION

SEMINAR ANTARABANGSA SUNNAH NABAWIAH KE-4:

(MUSNAD IV)

 

1.0 PENDAHULUAN

Peranan hadith dan sunnah sebagai sumber utama ajaran Islam serta penerang dan penjelas kepada al-Quran tidak dapat dipertikaikan lagi. Bahkan, kepentingan hadith dan sunnah itu, melibatkan keseluruhan aspek kehidupan umat Islam sejajar dengan kepentingan al-Quran itu sendiri. Kedua-dua al-Quran dan sunnah itu, sama sekali tidak boleh dipisahkan bagaikan “aur dengan tebing” dan “isi dengan kuku”.

Justeru manusia dalam melayari kehidupannya tidak dapat memisahkan diri daripada hadith-hadith nabi. Kandungan hadith tidak terhad kepada urusan ibadat sahaja tetapi menjangkaui urusan hidup manusia yang meliputi, politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. Kepentingan hadith dalam syariat Islam menuntut umat Islam untuk memahami hadith dengan jitu dan tepat. Sebarang salah faham akan membawa kesan yang besar kepada tindakan dan amalan yang hendak dilaksanakan.

 Dalam pada itu, kelahiran golongan agamawan dari pelbagai latar belakang pengajian, telah membawa hadith dan sunnah dekat dengan masyarakat. Pelbagai kuliah, ceramah, program talaqqi kitab-kitab hadith dijalankan kini dan ia mendapat sambutan masyarakat Islam dari pelbagai latar belakang kerjaya dan pendidikan. Bahkan, segelintir tokoh agama dalam bidang hadith mempunyai “follower” tetap sepanjang masa bagi kuliah dan pengajian yang dikendalikan olehnya. Namun, dalam secara tidak langsung, kelahiran golongan agamawan dalam bidang hadith ini, turut membawa idea dan pemikiran yang didokongnya. Maka, timbullah golongan yang mendakwa mereka golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah, menuduh golongan itu sebagai salafi, mendakwa golongan ini Wahabi, mengatakan mereka itu aliran pondok dan pelbagai jenis golongan yang didakwa lagi.

 Oleh yang demikian, dakwaan sedemikian menggambarkan kewujudan dalam kalangan pendukung sunnah atau hadith itu pelbagai aliran yang menjadi manhaj mereka dalam membincangkan sesuatu hadith. Secara umum, dapat dibahagikan kepada dua aliran utama iaitu Aliran Tradisional dan Aliran Kontemporari dalam pengajian hadith.

 Menyedari kepentingan untuk mencari titik pertembungan antara kedua-dua aliran ini, maka Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya bercadang untuk menganjurkan Seminar Antarbangsa Sunnah Nabawiah Ke-4 (MUSNAD IV): Melestarikan Antara Tradisional dan Kontemporari Dalam Pengajian Hadith. Seminar ini diharapkan dapat mengemukakan solusi dan manhaj terbaik dalam berinteraksi dengan hadith-hadith nabi SAW seterusnya menjawab tuduhan dan tohmahan musuh-musuh Islam terhadap hadith-hadith nabi SAW. 





مؤتمر السنة النبوية الدولي ( مسند الرابع )

 

1.0  مقدمة

إن دور السنة النبوية كالمصدر التشريعي والمبين لما ورد في القرآن، فهذا الأمر لا غبار فيه. بل أهمية السنة تدور جميع مجال حياة الأمة الإسلامية ومنضبطة بأهمية القرآن. وحقا كلا المصدران – القرآن والسنة – لا ينفصلان بل يرتبطان كالبنيان المرصوص ولا سيما في بناء الأمة الأمثال / الوسطى.

 ومن ثم، الإنسان بكونه الضعيف لا يمكن اعتزال من النهج النبوي. كما أن نصوص الحديث ليست محدودة في العبادات، بل تتضمن كل جوانب الحياة من السياسة والاقتصادية والاجتماعية وغيرها. نظرا لضرورة الحديث في الشريعة الإسلامية، فلا بد على الأمة الإسلامية أن يتفقهوا في الحديث تفقها تاما وصحيحا. فبسوء الفهم والشبهات لدى الحديث قد يؤثر عمليات الناس وسلوكياتهم تأثيرا سلبيا بعيدا عن منهج الإسلام النفيس.

 ومن الناحية الأخرى، بظهور الخبراء والعلماء من شتى المجالات يجعل الأحاديث يتقرب مع المجتمع المسلم والأمة. لذا، هناك العديد من المحاضرات الدينية وندوات تلقي الأحاديث مستمرة بل منتشرة ومرحبة عند المجتمع، مع أن المجتمع يتكونون من متعدد الأعمال ومختلف الدراسة. وكان بعض خبراء الإسلام لديهم "أتباع ثابتة" (followers) حين تجري المحاضرات التي يلقونها. فأصبحت فكرة العلماء ومنهجهم يترجمون في حياة المجتمع اليومية من خلال محاضرتهم بغير مباشرة، فهذه الحالة قد تؤدي إلى تصادم الآراء بين أتباعهم. وللأسف الشديد، انطلاقا من ذلك، أنبتت فرقا معينة بتيارات الأفكار التي يحملونها حتى حدث التحكم فيما بينهم عمن هم "أهل السنة والجماعة" الأصيلة. فهذه القضية محترقة بشكل مستمر وكأنها لا سبيل الحل لها  إلا يدافعون عن أصنافهم من اتجاهات السلفيين، والصوفيين، والتراثيين، واللبراليين، وما شبه ذلك.

 بناء على هذا، يتضح لنا أن قضية التحكم على البعض منها صادرة من وجود الاتجاهات الفكرية نحو الحديث باختلاف الفهم والاستيعاب والاستنباط. وجدير بالذكر، أن هناك بعض اتجاهات دراسات السنة النبوية عند المدارس المعاصرة ليست ملائمة ومتكاملة. فبالتالي، بظهور الاتجاهات المنتشرة، ينبغي لذوي العلم خاصة من العلماء والمتخصصين في علم الحديث أن ينكشفوا عوامل الخلاف بين الاتجاهات وسبيل التوفيق وأوجه الاتفاق بينهم. كما على العلماء الوضع ضوابط فقه الحديث بالاعتدال.

فينظم قسم القرآن والحديث، أكاديمية الدراسات الإسلامية بجامعة ملايا مؤتمرا خاصا كوسيلة من وسائل النقاش لهذه القضية. فهذا المؤتمر هو مؤتمر السنة النبوية الدولي الرابع (مسند 4): اتجاهات دراسة السنة النبوية عند المدارس المعاصرة: النظرية والتطبيق. والذي منسجم ومتسلسل بمؤتمر السنة النبوية السابق. فرجاء من خلال هذا المؤتمر، يستطيع كل أعضاء المشاركين أن يتكاتفوا في تقديم الحل وطرح الاقتراحات مما يتعلق بفقه الحديث وتوفيق اتجاهات المدارس الحديثية المعاصرة. بل يقدر المشارك عرض الإجابة القوية لرد الشبهات الباطلة عن الإسلام عموما والسنة خاصة. والله يهدي إلى سواء السبيل.


 
  umconference
Copyright 2007 © Universiti Malaya.
Best viewed with Mozilla Firefox (with resolution 1024x768)
http://ict.um.edu.my/